
MBP Solutions Sdn Bhd berhasrat membekalkan terminal pembayaran kepada Perusahaan Mikro dan Golongan Inklusif yang terdiri daripada golongan belia, wanita, B40 dan lain-lain di Malaysia sebagai langkah proaktif syarikat kepada Program Mikro Connector, satu inisiatif yang diperkenalkan oleh SME Corp bagi membangunkan Perusahaan Mikro dan komuniti golongan inklusif seperti belia, Wanita, B40 dan lain-lain. Program ini juga bertujuan untuk memberikan bantuan peringkat awal kepada Perusahaan Mikro dalam menubuhkan dan menjalankan perniagaan serta melatih komuniti golongan inklusif seperti belia, wanita, B40 dan lain-lain untuk mendapatkan kemahiran baru untuk menjana pendapatan melalui keusahawanan.
Sejajar dengan inisiatif tersebut, penyediaan Terminal Pembayaran untuk kegunaan Peniaga dapat mewujudkan budaya digital melalui transaksi pembayaran tanpa tunai (cashless). Budaya ini juga dapat memacu ekonomi peniaga melalui pekhidmatan teknologi digital dan juga membolehkan Peniaga Mikro menerima pembayaran melalui kad debit, kad kredit, eDompet, Pembayaran bil terpilih, tambah nilai prabayar, dan bil bulanan pascabayar telekomunikasi.
Bukan itu sahaja, Premis perniagaan yang menggunakan Terminal Pembyaran yang di sediakan oleh MBP Solutions Sdn Bhd juga akan di lantik sebagai One Stop Centre dan Ejen Tambah Nilai di Kawasan premis di bawah program yang di kenali sebagai Usahawan Smart Digital Partnership. Selain itu juga, Peniaga yang menggunakan terminal pembayaran dapat menikmati bonus tambahan rebat tunai dan secara tak langsung menjana pendapatan tambahan kepada peniaga.